Selasa, 14 Oktober 2014

Assalamualaikum kepada pembaca blog nofa sekalian!
hari ni nofa ingin berkongsi tentang ''Nikah Khitbah''
sekarang ramai student dah guna cara ni kan.. kat tempat nofa belajar ni.. ade 1 pasangan ni sweet sangat. deorang ni sem 5., si perempuan bertudung labuh manis  dengan si suami kat kampus, tapi.. xde siapa pun yang nampak kesalahan mereka.. sebab apa? sebab deorang dah halal.. deorang dah ''khitbah'' :) kalau kita.. apa lagi., xkan nak teruskan bercouple lama2?
sebab apa? sebab inginkan hubungan yang halal.. xnak lah couple-couple ni kan..
dah niat untuk kebaikkan mestilah harus diteruskan ^^

ya Allah.. Bismillahirahmannirahim...
Engkau permudahkanlah urusan dan niat baik kami yang sedang belajar berjauhan ini ya Allah..
atas kerana kami xsanggup ''bercouple''.. kami inginkan hubungan yang halal.. 
halal disisiMu untuk terus hidup dalam keberkatanMu & keredhaanMu ya Allah.. 
dan kini... masanya semakin tiba..
persiapan demi persiapan..
in sya Allah semuanya akan berjalan lancar :)
Amen...


-NIKAH GANTUNG ADALAH COUPLE YANG HALAL-

[●] apa makna nikah gantung nie ??dlm bhsa arab dipanggil "nikah khitbah" , ia adalah pnikahan spt yg laen , cuma slps akad nikah pasangan b'kenaan x boleh tinggal sebumbung , dan suami x wajib bg nafkah zahir batin , ertinya isterinya itu masih dibawah tanggungan ayah nya shggalh keluarga pihak prempuan m'htr anak prmpuan nya itu ke rumah keluarga lelaki itu ,

[●] apa istimewanya nikah gantung nie ?? pasangan ini boleh keluar b'sama , b'pegangan tgn ,b'pelukkan , cium2 dan sebagainya krn mereka adalah suami isteri , sekiranya m'gandung sekalipun , anak itu adalah anak yg sah , bak kata budak2 skrg , couple yg halal,

[●] kalau pegg2 tgn , nanti tak timbul fitnah ke ??nikah gantung nie bukn nikah yg perlu disembunyi , bahkan kita perlu hebohkan pd umum bhwa kita telah b'kahwin, jadi tidak timbul isu fitnah melainkan kalau org tu jenis kaki fitnah ,

[●] so siapa yg sesuai utk nikah gantung eak ?? nikah gantung amat sesuai bg mereka yg masih blum b'kemampuan dlm kewangan , atau yg masih belajar , atau masih blm m'dapt kerja , masih dialam universiti , p/s : drpda korang duk dating , coll tiap mlm , msg2 tu , lg baik korang nikah gantung dulu , semua nya akn b'tukar pahala , msj2 dgn isteri dpt pahala , pegg tgn dpt pahala , seronok kn ?(^^,)



in sya Allah juga..
ini lah dia bakal imam Nofa.. :) 
nama diberi.. Muhammad Alif & in sya Allah juga bakal Chemical Engineer xlama lg ;)



Macam mana kami boleh kenal? 
dari sekolah dulu asalnya kami berdua sama2 jadi pengawas sekolah kat smk tanjung puteri resort. masa tu Nofa form 1 lagi., kelas 1TP1, si Alif ni pulak form 3 , kelas 3TP1.. huhu kelas kitorang bertentangan walaupun  jauh, tapi masih boleh kelihatan.. *curik2 tengok eh.. huhu  kitorang xkenal sebelum ni walaupun sama2 jadi pengawas sekolah. tapi kitorang dipertemukan dalam Kem Kempimpinan pegawas sekolah dulu tahun 2009.. 1group pulak tuh. huhu lame kan mase tu :) Alhamdulillah kami dipertemukan sehingga sekarang..
Baiklah! sekarang fokus belajar and... buat persiapan !!
bagi korang yang sedang dalam alam percintaan tu.. cepat2 lah nikah.. niat da betul, mak ayah setuju lagi senang dipermudahkan.. Allah sebaik2 perancang., kita lah yang perlu berusaha untuk mendapat hak kebahagiaan kita di dunia dan akhirat! goodluck untuk yang sedang dalam proses !

Sabtu, 12 Julai 2014

Assalamualaikum..Hi! hari ni Nofa nak share pasal PLKN Nasuha Pagoh. hehehe.. first time dapat result untuk PLKN cuak sangat! TAHNIAH!! huhu yela kan mula-mula fikir plkn ni memenatkan, latihan macam tentera, gurl pulak xnak kulit deorang hitam, boy pulak x nak kepala mera dibotakkan.. huhu macam-macam cerita lah!

hitung hari punya hitung~ 

tettttttt....... 06/04/2014

Nofa pun melapor diri di Kem PLKN Nasuha Ladang Rempah Ratus Herba, Pagoh..
hihi name ni pelik sikit.. semua pelik dengan nama plkn yang aku dapat ni. sampai kakak aku cakap 'pasni balek plkn jangan lupa bawak balek rempah ratus ye' haha jahatnye!!
dalam kotak fikiran aku pun terbayanglah rempah2 ratus tu semua.. ok dah! ni nak cerita first day at plkn nasuha pulak.

FIRST DAY

Nofa melapor diri at PLKN Nasuha.. dengar lah semua tentang plkn kat sini.. aku dapat ''Company DELTA'' pastu habis taklimat pulak masa untuk penempatan Dorm! mula2 x kenal siapa2 kan 'blurrrr' but never mine, Nofa pun fikir positif je.. 

Next-next Day

Nofa nangis tiap-tiap malam. Nofa rindu mak.. Nofa xbiasa berjauhan dengan mak, pastu kene marah-marah (tegas) dengan jurulatih kat situ. Nofa kene kuatkan semangat jugak.. then bermula lah latihan ku di plkn.. at plkn pagi akan ada kelas.. pakaian kelas(ala2 korporat) perempuan kena pakai heels. huhu bagus jugak tau kelas ni.. contohnya kelas CB (character building) kelas pembinaan karekter ni bagus tau. kelas ni meningkatkan keyakinan korang komited dalam bertindak untuk melakukan sesuatu. kelas ni dapat bantu kita dalam buat presentation (bagus dapat bawa pengalaman ni sampai sambung belajar) nilai patriotisme kat plkn seriously! memang kuat sangat. contohnya nyanyi lagu 1Malaysia, IM4U, 5Prinsip rukun negara. nyanyi dengan gaya kalau buat ramai-ramai seronok tau!

aktiviti hari-hari kat plkn best.. seriously xrugi kalau korang dapat plkn. mula-mula je rasa xnak pergi.. tapi dah lama-lama rasa macam xnak tinggalkan plkn pulak. kat plkn ni, kita berhati patriotik beramai-ramai. kita dapat rasa semangat tu ramai-ramai. kalau kat luar? xde kan? dekat sini semua jadi 1 keluarga, x kira melayu, cina, india, portugis, kami dah macam 1 family.. huhu 

KAWAN PLKN



serious! mula-mula masing-masing buat hal sendiri, tapi lepas buat aktiviti sepasukan sebagai 1 company, korang akan rasa yang company korang tu lah family korang. company lain pun sama. contohnya company CHARLIE & DELTA.. company kitorang xkan pernah putus bagi sokongan . best company ever!! kitorang ade lagu~

''Charlie, Delta kami bukan musuh''
huhuhu..

setiap company mesti ada sorakan.. sorakan setiap company best-best gempak-gempak tau!
nanti Nofa post sorakan tu ye.. hehe..
Nofa ada ramai kawan baik.. contohnya budak-budak dorm1, Angie,Lisa,Li,Ren Chi, Fifie, Aini, Sue, Atul (Markonah), Qila & Nofa sendiri.. kitorang kalau nak tidor mesti cantum kan katil masing-masing then bawak ke tengah. hehe.. rasa betul-betul macam 1family, kadang-kadang malam2 kitorang makan meggie n dll makan ramai-ramai.. semuanya kitorang 'share' tidur pun main hempap-hempap je.. huhu

AKTIVITI

kalau masa bosan at DM ( dewan makan) kitorang selalu buat origami.. huhuhu walaupun xdisuruh jurulatih. at plkn ni aktiviti dia semuanya memerlukan kerjasama sepasukan. kat plkn korang boleh belajar berenang tau! hari tu kitorang belajar berenang at UNITAR. lepas belajar, korang akan ada pertandingan antar company. 

Keputusan berenang masa tu :-

1-CHARLIE 
2-DELTA 
3-BRAVO
4-ALPHA

1company berwakilkan 8orang untuk lawan berenang paling cepat. Masa ni Nofa join berenang.. huhu walaupun xreti berenang sangat.. kolam die dalam oi.. Nofa ni dah la pendek 149cm :3 kolamnye pulak dalam 6kaki lebih.. huhu tapi alhamdulillah company kami WIRA & WIRAWATI DELTA menang jugak dapat Naib Johan.. heheee... budak-budak china lah yang kebanyakan beri sumbangan at company delta sebab deorang ramai yang pandai berenang. melayu sikit je.. huhu tapi xpe! we are family rytes? ^-^
aktiviti paling best at plkn rssanya xsah kalau bukan FLYING FOX & TALI TINGGI..
hehe.. giler ar! best giler walaupun perempuan ramai yang terjerit-jerit, nangis, huhu macam-macam ragam ada, yang lelaki pulak dengar ceritanya ramai yang menangis.. huhu betul ke WIRA?

PILIHAN RAYA

huhuuuu.. time ni best! pilihan raya Nasuha. time ni ada 2 buah parlimen iaitu 
(tapi x ingat sangat)

1-KUNCI
parlimen nasuha -Daniel
wakil rakyat:-
- Daniel
-pravita
-Derrick

2-TRAKTOR
parlimen nasuha -Jamil
wakil rakyat:-
- Jamil
-Black
-Vanessa

masa pilihan raya ni situasi dia buat macam betul-betul kita nak mengundi. siap ada celup dakwat kekal lagi kalau nak mengundi. macam real kan? hehe masa ni Nofa dilantik jadi ejen kepada parti TRAKTOR. huhu ''hidup parti traktor'' pon~ pon~
masa ni bermula lah Manifesto iaitu janji-janji manis wakil rakyat kepada rakyat-rakyat untuk menentukan siapa wakil rakyat yang terbaik. wakil-wakil rakyat semua berpakaian kemas semasa menghebahkan parti mereka and bermesra dengan rakyat.. masa ni yang Nofa ingat paling smart parti traktor lah coz Jamil & Black pakai baju melaju dan bersamping macam nak pergi kahwin.. huhu.. Vanessa pulak anggun berbaju kurung. ramai reporter masa pilihan raya, siaran langsung pun ade. masa ni Nofa ingat lagi, antara janji-janji manis tu, wakil rakyat nak pasang air-cond setiap dorm & dewan kuliah.. Black janjikan budak PLKN  lunch KFC (dah xde ayam keras Mak Siti) huhu.. Jamil ckp dia nak sediakan banyak plug at dalam dorm ( untuk charge handphone yang xcukup) , Daniel janjikan gadjet percuma tab~ and banyak lagi lah x ingat.. huhu kelakar sangat. but macam real je kan. ceh. dalam buat undian pilihan raya ni ada Calon Berwatak. contohnya Tailong jadi calon yang BUTA pakai tongkat and pergi mengundi (diiringi atau dibantu pihak SPR), ada watak perempuan tengah sarat mengandung and banyak kali.. sebagai ejen parti Traktor.. Nofa duduk diam-diam je at depan peti undian sebagai saksi dengan memakai baju kurung ala-ala wanita melayu terkhir.. hahaha..-____- tamat sudah undian, cabutan untuk keputusan pulak Nofa kene jadi saksi untuk tahu berapa banyak cabutan untuk parti yang Nofa wakilkan. AND....... absolutely happy! jadi saksi kepada kemenangan ke atas 3 kali untuk parti Traktor.! tiga-tiga wakil rakyat  traktor menang. congrates to Jamil,Black, & Vanessa =)
aktiviti lain banyak lagi.. tapi ni antara aktiviti yang Nofa tertarik untuk share kat korang.
huhu..

PERPISAHAN

Nofa 2bulan je kat plkn nasuha.. :'(
sebab dapat tawaran sambung belajar.. ramai jugak yang keluar plkn untuk ''PELEPASAN AWAL''
''Jangan sedih'' ayat yang selalu diperkatakan.. sedih sangat sedih. masa ni seramai 90lebih pelatih pelepasan awal sebab sambung belajar je form6,matriks,IPT.. yang balance tu masih meneruskan perjuangan di plkn..
selepas Nofa tamat plkn.., macam-macam cerita yang nofa dengar, tiap-tiap minggu budak-budak plkn akan bagi information pasal plkn kat budak-budak pelepasan awal.. Nofa dengar kembara halangan wirawati ALPHA johan.. then macam hari tu Nofa dengar Wirawati Delta kawad kaki dapat naib johan.. (I'm proud of Delta) n ade yang menyedihkan tentang wira Delta y berlatih sampai tengah-tengah malam.. tapi keputusan.. emmm.. tapi! perjuangan korang masa tu belum berakhir.!
wirajaya masa tu ada lagi..
pastu budak-budak ni ada buat lakonan untuk tokoh patriotisme.. Delta masa ni buat tajuk ''Rosli Dhobi''
banyak jugak persembahan yang lain.. Nofa sempat tengok video dikir barat company Charlie lg.. gambar-gambar semua kat facebook cikgu Ghafar.. ( Abdool FZ) huhu bila rindu dengan budak-budak plkn tengoklah album cikgu.. malam leraian kasih pun Nofa ada dengar jugak... huhuhuu.. budak-budak ni pergi menembak.. pastu pergi muzium tentera, pergi Port Dickson. bestnya!!! Nofa sedih xdapat join menembak.. T,T huuuuuuuuuu......
tapi nak buat macam mana.. dapat tawaran belajar Nofa ambil jelah.. syukur alhamdulillah..
Akhirnya...... keputusan menunjukkan bahawa Alpha kedudukan mata yang paling tertinggi.. masa pengunguman kemenangan, semua dah fikir Alpha lah yang menang ''keseluruhan company terbaik''..company Delta diamm.. buat hal masing-masing (sebab rasa dah tahu xkan menang) aku pun rasa sedih coz fikir Delta tangga yang tercorot.. 
TAPI.........
bila pengunguman company yang menang jatuh kepada... semua nama yang kuat jelas kedengaran ''ALPHA'' ''ALPHA'' ''ALPHA''
akhirnya diumumkan jatuh kepada....... Company DELTA!!!
*delta buat hal masing-masing sampai xpercaya company delta menang!


woooooaaaw hebat waw waw hebat hebat....! 2x
keputusan diambil bukan dilihat dari pencapaian kemenangan sahaja..
tetapi.. dilihat dari SEMANGAT sebagai SATU PASUKAN yang mementingkan kerjasama yang menunjukkan DELTA BERSATUPADU!


KESIMPULANNYA..

PLKN Nasuha Pagoh plkn ranking Malaysia yang terbaik! (ada tali tinggi, flying fox panjang)
Jurulatih y terbaik..
huhu best jurulatih yang Nofa sayang cikgu wawa.. Company Delta!
best teacher ----> cikgu Najib, cikgu cikgu Mawar, cikgu Shakila, cikgu Sani, cikgu Nurul
ish! kalau boleh semua cikgu Nofa nak sebut!
terima kasih cikgu Kem PLKN Nasuha Pagoh!!! <3
tepuk-tepuk sayang~
mmuah..
mmmuah..
mmmmuah..
tiap hari sayang <3 ~~~ 
^-^

tu sahaja yang Nofa mampu share.. sorry kalau sedikit tapi memory y sangat indah untuk diingati pelatih Kem PLKN Nasuha =)


TEPUK-TEPUK KEM PAGOH!! ~
..
..
..
.. 
K E M   P A G O H !



                                                                  ''WE ARE THE DELTA''

                                                                 ''WO MEN SHI DELTA''